Webiner NADI x Keusahawanan – Business 101 “Strategi Kewangan”

20 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2024, beberapa orang usahawan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI x Keusahawanan – Busines 101 “Strategi Kewangan” yang diadakan menggunakan platform Zoom Metting. Webiner ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai asas merancang kewangan.

Sesi webinar kali ini telah dikongsi oleh En. Abu Musa Mansor. Dalam sesi perkongsian ini, beliau telah menjelaskan mengenai bajet jualan, aliran tunai, pengiraan cukai, jenis rekod kewangan dan kepentingan rekod kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali